ILIM, Bangi│ 25 Oktober 2022 - Webinar Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Penghakiman di Mahkamah Syariah anjuran Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam di bawah sub-kluster Perundangan Islam telah diadakan secara dalam talian pada 25 Oktober 2022.
Seramai 45 orang peserta daripada pelbagai skim dan gred telah dipilih untuk mengikuti webinar ini. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta dengan ilmu berkaitan undang-undang keluarga Islam serta membentuk sikap peserta agar sentiasa cakna dengan undang-undang keluarga Islam.
Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Zulzaidi bin Mahmod Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan yang sudi menerima jemputan sebagai penceramah serta perkongsian ilmu sepanjang webinar ini berlangsung.
Semoga program ini dapat memberi manfaat dan ilmu kepada semua peserta yang telah mengikuti program ini dengan jayanya.