Sepang│23 Oktober - Sebagai Peneraju Latihan Islam di Malaysia, ILIM telah meneruskan langkah dengan mengadakan
Kursus Pengurusan Dakwah dan Fatwa di Mesir selama 2 bulan bermula pada 26 Oktober hingga 26 Disember 2022 dengan penghantaran 3 orang Pegawai Hal Ehwal Islam, Puan Shahidah binti Shuib, Puan Khairuljannah binti Abdullah dan Dr. Hazlin binti Kadir@ Shahar.
Hadir bersama bagi meraikan para pegawai, Tuan Haji Ruslan Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM.
ILIM akan terus memainkan peranan sebagai pusat latihan Islam yang terunggul bagi melahirkan pegawai perkhidmatan hal ehwal Islam yang kompeten, profesional, berhikmah, efisien dan berintegriti, bagi memastikan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini terus cemerlang.