Lahad Datu, 20 Oktober 2022 - Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Bahasa Arab Siri 3 pada 18 hingga 20 Oktober 2022 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu. Peserta adalah terdiri daripada guru KAFA dan masyarakat awam telah mengikuti program berkenaan daripada daerah Lahad Datu.
Objektif utama ialah pendedahan mengenai kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab, meningkatkan perbendaharaan kata dalam Bahasa Arab dan meningkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab.
Pelbagai tajuk kertas kerja dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Antaranya ialah daripada Ustaz Mohd Nazirul Mubin bin Mohd Alias, Jurulatih Bahasa Arab Daerah Lahad Datu menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Lughat al-Fasl (Teori & Amali) dan Pedagogi al-Qiraáh (Teori & Amali), manakala Ustazah Nor Shelawati binti Awang @ Sayuti, selaku Jurulatih Bahasa Arab Daerah Lahad Datu menyampaikan ceramah Pedagogi al-Istima’ wa al-Kalam (Teori & Amali) dan Pedagogi al-Kitabah (Teori & Amali).
Semoga kursus ini dapat membantu dan memberi kefahaman kepada peserta dalam mempelajari Ilmu Bahasa Arab dan diharapkan dapat disampaikan kepada pelajar dan masyarakat di kawasan masing-masing.