Lahad Datu, 20 Oktober - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Siri 2 pada 18 hingga 20 Oktober 2022 iaitu pada hari Selasa hingga Khamis. Peserta adalah terdiri daripada imam dan masyarakat awam daripada daerah Lahad Datu, Tungku, Kinabatangan, Telupid dan Kunak yang bertempat di Bilik Kuliah Yusof Al-Qardhawi, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu.
Pelaksanaan kursus ini bertujuan meningkatkan keyakinan dan daya kepimpinan pentadbir masjid dalam menghadapi cabaran masa kini, mengukuhkan hubungan kerjasama antara pentadbir masjid dan melahirkan pentadbir masjid yang mampu mempraktikkan strategi dan pendekatan yang holistik dalam pengurusan masjid.
Kursus ini dikendalikan oleh dua orang penceramah yang berpengalaman iaitu Ustaz Azman bin Latip iaitu Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, JHEAINS Daerah Telupid dan Ustaz Mohammad Fazli Bin Hj. Tikson selaku Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, JHEAINS Daerah Tungku. Mereka menyampaikan tajuk Masjid Dan Kepentingannya, Pengurusan Organisasi Masjid, Peranan AJK Masjid Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Berkaitan Masjid, Pengurusan Pengimarahan Masjid Dan Etika Pengurus Masjid.
Peserta diberikan pelung untuk mengemukakan pandangan dan idea. Secara keseluruhannya peserta memberikan maklumbalas yang sangat baik dan semoga ilmu yang diperolehi ini dapat menjayakannya dengan terus melaksanakan syiar Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.