WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, │20 Oktober – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Selangor melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah menganjurkan  Kursus Kompetensi Fungsian Khusus (KFK) Kursus Akidah dan Pemikiran Islam pada 18 hingga 20 Oktober 2022 di Bilik Kuliah Ibn Khaldun, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus yang terkandung dalam Training Road Map JAKIM ini telah disertai seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM Gred S44 dari pelbagai penempatan seluruh Malaysia.

Objektif Diskusi Perbandingan Agama Tahun 2022 adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep akidah dan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah serta mendedahkan bentuk ancaman aliran yang menyalahi Ahli as-Sunah wal Jamaah.

Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini menampilkan pakar-pakar di dalam ilmu akidah iaitu Dr. Wan Adli bin Wan Ramli, Pensyarah Universiti Malaya, Dr. Mohd Asyran Safwan bin Kamarzaman, Pensyarah Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, Dr. Arifin bin Ismail, Penceramah Bebas dan Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia.

Antara slot yang dibincangkan ialah Ancaman Syiah dan Ajaran Salah di Malaysia, Ancaman Liberalisme dan Pluralisme di Malaysia, Keperluan Umat Islam kepada Akidah ASWJ, Perkembangan Pemikiran Islam Zaman Awal dan Kontemporari dan Agama dan Fitrah Manusia.

Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang memberikan komitmen sekaligus menjayakan Kursus Akidah dan Pemikiran Islam (KFK 2022). Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperolehi melalui kursus ini dapat diaplikasikan dalam mendepani tugasan mahupun kehidupan harian.