Besut,│12 Oktober - Kluster Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah mengadakan Kursus Pengurusan Stress Siri 3.2022. Kursus ini telah berlangsung selama dua hari bermula 11 hingga 12 Oktober 2022.
Antara objektif kursus ini ialah untuk; mengenali penyebab kepada stres dan cara menanganinya serta memahami dan mengaplikasikan pengurusan stres menggunakan pendekatan islam seperti ilaj shifa’, zikir,al-quran,solat,istighfar, azan dan doa.
Seramai 28 orang peserta telah menghadiri kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai skim dari pelbagai agensi/jabatan seluruh Malaysia, JAKIM dan Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) serta jabatan-jabatan sekitar daerah Besut. Keutamaan diberikan kepada pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung sebagai perunding cara di jabatan.
Seramai tiga (3) orang penceramah telah berkongsi idea adalah Dr. Zamri bin Rejab dengan tajuk Pengenalan Stres Menurut Perspektif Islam, Ustaz Haji. Awang Hat bin Hj. Mohd Noor, Menangani Stres Melalui Ilaj At-Tauhid) dan Ustaz Sharifuddin bin Abd. Ghani, Menangani Stres Melalui Ilaj Shifa dan Ruhi.
Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta dalam melahirkan penjawat awam yang kompeten dalam menguruskan emosi, stres kepada diri dan organisasi khususnya serta dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera, bahagia dan harmoni dari segi rohani dan jasmani.