WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 22 September  - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus Art of Leadership bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Blok Akademik A. Kursus ini dihadiri oleh seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (PHEI), JAKIM Gred 48-54.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta berkaitan gaya kepemimpinan Islam dan barat untuk pembangunan kemahiran gaya kepimpinan Pegawai Hal Ehwal Islam ke arah meningkatkan kompetensi di tempat kerja serta mengaplikasikan kemahiran dalam kepimpinan. Sepanjang kursus ini, peserta didedahkan berkaitan gaya kepemimpinan berdasarkan kisah-kisah di dalam al-Quran, kepemimpinan dalam organisasi, gaya kepimpinan, karekter pemimpin berdasarkan personaliti dan kaedah mengetuai dan membimbing dalam organisasi.

Kursus yang dikendalikan oleh ILIM ini telah mendapat kerjasama daripada penceramah dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) iaitu YBrs. Dr. Ahmad Rozelan bin Yunus, Profesor Kaunseling dan Encik Muhamad Syaari bin Ab. Rahman dari Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.

Semoga kursus ini dapat memberi manfaat serta impak yang besar, mencapai matlamat yang disasarkan serta menyuntik kecemerlangan diri dan kecemerlangan JAKIM pada masa akan datang.