Bangi, 22 September - Diskusi Pelaburan Saham Dalam Islam telah berlangsung Secara Dalam talian melalui platform google meet yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Fadillah Mansor, Ketua Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Seramai 45 peserta dari pelbagai agensi antaranya JAKIM, Jabatan Agama Negeri (JAIN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Ibu Pejabat Polis, Kementerian Pendidikan Malaysia, Masjid Negara, Jabatan Pendakwaan Syariah, Darul Quran, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Sesi ini merangkumi perkongsian ilmu, penjelasan tafsir ayat al-Quran, perkongsian aplikasi saham, hands on oleh peserta diskusi. Seramai 45 orang peserta telah melibatkan diri dalam diskusi kali ini.
Semoga objektif diskusi tercapai dalam memberikan kefahaman tentang pelaburan saham, isu semasa dan aplikasi terkini berkaitan saham.