WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 15 September – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kursus Kompetensi Fungsian Khusus (KFK) Takhrij Al-Hadis kepada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 44 lantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Program ini dilaksanakan pada 13 hingga 15 September 2022,  bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Kampus Utama Bangi

Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu YBrs Dr. Helimy bin Aris, dari Fakulti Pengajaian Quran dan Sunnah, USIM bersama YBrs. Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Mohd Amin juga dari Fakulti dan Universiti yang sama juga merangkap Pengerusi Lajnah Tahqiq Al-Hadis Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu mampu meningkatkan kefahaman peserta mengenai ilmu takhrij al-hadis dan menjadi penyuntik semangat peserta untuk terus meneroka ilmu berkaitan takhrij al-hadis dengan  lebih mendalam lagi.