Bangi, 18 Ogos - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah melaksanakan. Kursus Hadis Hukum kepada pada 16 hingga 18 Ogos 2022 bertempat di Bilik al-Qadir al-Jailani, ILIM. Kursus ini telah disertai seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, Kader JAKIM, Pegawai Agensi di bawah YB Menteri di JPM/ JAIN & MAIN serta Penjawat Awam.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang kaedah pengambilan hukum menerusi hadis hukum, memperkasakan kajian tentang hadis hukum untuk memiliki upaya dalam kepelbagaian bidang fiqh dan meningkatkan kesedaran tentang hadis hukum dalam menyelesaikan isu-isu semasa.
Perkongsian hadis hukum berkenaan pengenalan hadis hukum, penyusunan hadis hukum, hadis hukum berkaitan ibadah, thoharah, munakahat, muamalat dan jinayat telah disampaikan oleh Dr. Helimy bin Aris, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, dan Ustaz Mohd Pakhruddin bin Abdullah, Pensyarah Darul Quran JAKIM.
Semoga dengan terlaksananya ursus ini, diharap dapat memberikan manfaat kepada peserta dalam melahirkan pegawai- pegawai perkhidmatan awam yang mementingkan ilmu ulum al-hadis khasnya hadis hukum dan dapat dipraktiskan di dalam urusan pekerjaan mahupun harian.