WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi,22 Ogos - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima Kunjung Hormat dari Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN), Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli  pada 22 Ogos 2022.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Khairin Nazry bin Karim, Pengarah INSTUN dan disertai oleh Encik Zulhasmi bin Mohamad, Ketua Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah, Sr. Ahmad Azmi bin Hashim, Ketua Bahagian Ukur dan Pemetaan, Encik Ganesh Babu Devar a/l Kuppan, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Encik Murad bin Isa, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Encik Mohd Ridzuan bin Mahyudin, Pendaftar INSTUN.

Dalam pertemuan selama kira-kira sejam setengah, pengurusan ILIM telah mendengar taklimat mengenai program-program anjuran INSTUN serta kaedah pengajaran terkini yang dilaksanakan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kaedah pengajaran.

Kunjungan hormat itu juga telah bersetuju untuk menjalankan kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak ke arah melahirkan pegawai perkhidmatan hal ehwal Islam yang kompeten, profesional, berhikmah, efisien dan berintegriti, bagi memastikan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini terus cemerlang.