LAHAD DATU, 18 Ogos – ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM melalui Unit Kefahaman Dan Kemahiran, telah menganjurkan Kursus Tahsin Al-Quran Secara Dalam Talian pada 17 hingga 18 Ogos 2022. Program dua (2) hari ini berlangsung di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd. Ia disertai 50 orang peserta yang terdiri daripada Imam-Imam dan Masyarakat Awam daerah Tawau, Semporna, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Tungku dan Kudat.
Program ini dikendalikan oleh Ustazah Wardatul Azmah binti Hj. Apin, selaku Guru Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Kelas Kemahiran Al-Quran SMK Sandakan yang menyampaikan ceramah yang bertajuk Hukum Nun Mati Bertemu Tanwin Dan Mim Mati serta Hukum Mad. Manakala Ustaz Jinirol bin Binsali, selaku Jurulatih Al-Quran Kemas Malaysia, Lahad Datu menyampaikan ceramahnya Tahsin Surah Al-Fatihah dan ceramah bab Waqaf Dan Ibtida’. Sepanjang kursus ini, penceramah berkongsi ilmu dan pengalaman secara teori dan praktikal mengenai cara bacaan al-Quran menurut riwayat hafs ‘an ‘asim.
Secara keseluruhannya para peserta menunjukkan respon yang sangat positif dan mereka diberi peluang untuk melontarkan bacaan masing-masing secara dalam talian. Semoga pengisian ilmu al-Quran ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bacaan al-Quran dan melahirkan peserta yang berketrampilan dan professional dengan kualiti bacaan al-Quran yang terbaik. Majlis ilmu ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama peserta secara dalam talian.