ILIM, Bangi, 18 Ogos 2022: Institusi-institusi agama yang berkembang di seluruh Malaysia didukung dengan usaha gigih kerajaan mentadbir dan menguruskannya. Walaupun masih terdapat kelemahan yang ada namun usaha terus dijalankan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat melalui institusi-institusi ini.
Sebagai pekerja perkhidmatan awam, kita perlu cakna tentang kewujudan dan peranan institusi agama yang ada di negara kita Malaysia. Rentetan itu, ILIM merangka Kursus Pemahaman Undang-Undang pentadbiran Agama Islam untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai Undang-undang Pentadbiran Agama Islam dan peruntukan-peruntukan yang berhubung dengannya. Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta mengenai undang-undang syariah dalam melaksanakan urusan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia. Kursus ini berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 16-18 Ogos 2022.
Seramai 5 (lima) orang penceramah pelbagai agensi agama dijemput untuk mengisi slot kursus ini antaranya Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Ustaz Najmuddin bin Abdul Karim, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Puan Norlaili bin Mohamad, Majlis Agama Islam Selangor, Ustaz Azhar bin Tuarno, ILIM, Kampus Utama Bangi dan Puan Tuan Sara Waheeda binti Tuan Dir, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Kursus ini dihadiri oleh pegawai perkhidmatan awam pelbagai skim dari seluruh Malaysia. Seramai 20 orang peserta menyertai kursus ini dengan jayanya. Komitmen dan reaksi aktif yang ditunjukkan oleh peserta dalam setiap slot dengan ajuan pelbagai soalan menghangatkan lagi suasana kelas.
Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan dapat membantu mereka dalam menjalankan tugasan seterusnya menyebarkan ilmu yang diperolehi kepada masyarakat.