Bangi, 16 Ogos - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI) bersama Unit Komunikasi Korporat, JAKIM mengambil inisiatif yang proaktif dengan menganjurkan Kursus Peningkatan Imej Korporat JAKIM kepada 35 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pegawai Kumpulan Pelaksana JAKIM.
Bagi mencapai matlamat penganjuran kursus ini, Puan Muna Izzah Fadzil dari Perunding Imej Profesional Bertauliah diundang bagi berkongsi ilmu dan tips peningkatan imej korporat melalui formula TOPO iaitu Time, Occasion, Place dan Objective. Para peserta juga berpeluang menyertai simulasi dalam slot Table Manners iaitu slot mengenai tatacara penggunaan peralatan makan minum dan etika ketika makan.
Kursus ini diharap dapat menambah pengetahuan dan panduan kepada pegawai-pegawai JAKIM untuk meningkatkan potensi, imej, keterampilan, personaliti diri di samping dapat menyerlahkan imej JAKIM sebagai sebuah organisasi Islam.