LAWAS, 14 Ogos –Insitut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, melalui Unit Pengurusan Islam telah mengadakan Kursus Pemantapan Bahasa Arab Guru KAFA Daerah Limbang Siri 1 pada 13 hingga 14 Ogos 2022. Program yang disertai seramai 42 orang peserta dari Daerah Limbang ini ada bertujuan untuk memantapkan penguasaan bahasa arab di kalangan peserta melalui latih tubi dan simulasi.
Kursus ini telah dikendalikan oleh seorang penceramah jemputan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah Limbang iaitu Ustaz Alpijun bin Ali. Antara perkongsian ilmu sepanjang dua (2) kursus ini dilaksanakan ialah pengenalan teori dan praktikal adhomair, ismul isyarah, fi’il madhi, harfu jar wa zharaf dan juga al-arqam wal-a’dad.
Semoga kursus yang dihadiri ini dapat membantu dan memudahkan Guru KAFA dalam sesi pengajaran dan juga pembelajaran di dalam kelas.