Bangi, 3 Ogos - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Fiqh Veterinar pada 2 dan 3 Ogos 2022 di Auditorium as-Syafie, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai oleh 30 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan Pegawai Teknologi Makanan.
Objektif kursus ini diadakan bagi memberi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran berkaitan ilmu veterinar. Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini mendedahkan Pengenalan Fiqh Veterinar dalam Islam termasuk Persoalan Darurat, Kaedah Sertu dan Haiwan Jallalah. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman, Encik Mohd Amri bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Semoga kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan kepakaran pegawai dalam pengurusan halal dan veterinar.