WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 1 Julai –Pengarah Kanan, Institut Latihan Islam Malaysia (Kampus Utama Bangi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hari ini telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Mufti Negeri Kedah yang diketuai oleh Tuan Syeikh Marwazi bin Dziyauddin, Timbalan Mufti Negeri Kedah.

Antara Ahli Delegasi yang turut hadir dalam pertemuan kira-kira sejam di ILIM Kampus Utama Bangi ialah Dr. Faridah binti Haji Ahmad, Ketua Penolong Mufti dan Faizah binti Haji Mustaffa, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama dalam usaha memperkasa dan meningkatkan kompetensi institusi Fatwa khususnya.

Perkongsian idea yang diberikan mampu menjadi suntikan semangat kepada kedua-dua pihak untuk meneroka dengan lebih mendalam terutama dalam bidang pengurusan fatwa demi memelihara dan memartabatkan pengurusan fatwa di Malaysia.