WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 30 Jun - Agama Islam mensyariatkan haiwan yang disembelih sesuai dengan aturan syarat agar menjadikan haiwan yang disembelih itu baik dan suci serta halal untuk dimakan.

Ini adalah antara yang diberi penekanan dalam sesi teori dan praktikal sembelihan oleh YBrs. Mohammad Khalis bin Mohammad Aroff, Pegawai Hal Ehwal Islam dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM kepada 74 orang peserta pembantu hal ehwal Islam gred S19, lantikan baharu JAKIM dalam program Sijil Intensif Hal Ehwal Islam.  Program ini dilaksanakan selama 3 minggu sejak 13 Jun 2022 dan akan melabuhkan tirainya pada 1 Julai 2022 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama Bangi.

Program ini merupakan salah satu pengisian yang diberikan kepada peserta bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara dan kaedah sembelihan yang betul dalam Islam dan memberi peluang kepada para peserta mempraktikkan ilmu berkaitan penyembelihan di dalam sesi amali dan praktikal.

Dalam slot praktikal sembelihan yang dijalankan secara berkumpulan ini yang dikendalikan oleh beliau dengan turut dibantu seramai 7 orang fasilitator dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dan juga dari pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP).

Ternyata para peserta memberikan maklum balas yang baik terhadap sesi ini dan mengharapkan agar segala ilmu berkaitan dapat diaplikasikan dalam usaha mencari keredhaan Allah SWT.