WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

LAWAS, 19 Jun – Insitut Latihan Islam Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kampus Lawas melalui Unit Pembangunan Insan telah mengadakan Kursus Pemantapan Integrasi ICT Dalam PDP KAFA Daerah Limbang Siri 1 pada 18 hingga 19 Jun 2022. Program tersebut telah disertai seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada Guru KAFA Daerah Limbang.

Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta mengenai teknik dan mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi maklumat semasa untuk menarik minat dan perhatian serta kefahaman anak murid di dalam kelas.

Kursus ini telah dikendalikan oleh 2 orang penceramah iaitu Cik Nur Izzatul Fitri binti Zambia dari SMK Medamit, Limbang bagi mengisi slot Asas dan Teori serta Praktikal Penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Power Point pada hari pertama. Manakala penceramah pada hari kedua pula ialah Cik Husnazilah binti Rashidi dari SK Melayu Pusat, Limbang telah mengisi slot Asas dan Teori serta Praktikal Penggunaan Microsoft Excel dan Penggunaan Canva.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini diharap dapat membantu Guru KAFA dalam menjalankan tugas dengan lebih efisien dan pelbagai.