WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 13 Jun – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kursus Tafaqquh Fiddin Siri 3 secara dalam talian yang menyasarkan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam S41-48 lantikan JAKIM. Program ini dilaksanakan pada 13 Jun 2022 bersamaan 13 Zulkaedah 1443H melalui medium Zoom dengan kehadiran seramai 18 orang peserta.

Modul pelaksanaan kursus ini adalah menerusi kaedah bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab dibimbing oleh Dato’ Dr. Haji Anhar bin Opir, Mufti Negeri Selangor dengan merujuk Kitab Al-Mu'tamad Fil-Fiqh Asy-Syafi'i. Siri kali ini telah mengupas topik berkaitan adab dan faedah bersiwak serta fitrah bersunnah.

Adalah diharapkan penganjuran kelas pengajian ini berupaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan penguasaan bidang ilmu fiqh di kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam serta melahirkan kepakaran yang mahir ilmu bacaan kitab turath.