Bangi, 11 Jun 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) JAKIM Kampus Utama Bangi, Selangor melalui Seksyen Akidah dan Pemikiran Islam, Program Teras ILIM telah berjaya melaksanakan Kursus Akidah Islam: Teras Dan Cabaran Pemikiran yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 9 sehingga 11 Jun 2026.
Kursus ini adalah bermatlamat antara lainnya untuk memberi imput kepada peserta berkaitan kepentingan agama dan akidah dalam kehidupan manusia. Seramai 50 orang Pegawai Hal Ehwal Islam pelbagai gred dari JAKIM, JAIN, MAIN, Jabatan Mufti dan lain lain skim telah menyertai kursus ini.
Seramai empat orang penceramah yang pakar dalam bidang akidah dan pemikiran Islam telah dijemput untuk berkongsi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman masing-masing. Mereka adalah Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris (UTM), Dr. Mohd Aizam Mas’ud (JAKIM), Dr. Abdul Rahman Mahmood (UKM) dan Ustaz Nik Ismail Jusoh (ILIM).
Kursus ini turut menjelaskan tentang akidah Islam yang sebenar serta didedahkan berbagai penyelewengan ajaran sesat semasa yang menjadi ancaman kepada akidah masyarakat dan keselamatan negara.



