BANGI, 5 Jun 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Kelab JAKIM SEJIWA bagi membincangkan cadangan penganjuran KESUJA Tahun 2026.
Kunjungan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Uthman ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nor Safina Zainal , Pengarah Kanan ILIM. Manakala YBrs. Dr. Mohd Izwan Md Yusof, Pengerusi Kelab JAKIM SEJIWA mengetuai sesi delegsi dari Kelab JAKIM Sejiwa bersama Ahli Jawatankuasa Kelab.
Pertemuan ini menjadi platform awal bagi memperkukuh kerjasama strategik antara ILIM dan Kelab JAKIM SEJIWA, khususnya dalam meneliti kesesuaian ILIM sebagai lokasi atau rakan sokongan bagi penganjuran KESUJA Tahun 2026.
ILIM berharap kunjungan ini membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh semangat kesukanan, ukhuwah dan kesejahteraan warga JAKIM.



